Dr Zaitul dilahirkan pada tahun 1961 dan merupakan anak ke empat daripada dua belas orang adik beradik.Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Datin Khadijah dan Sekolah Menengah Raja Muda MUsa , Kuala Kangsar,Perak Darul RIdzuan sebelum melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Kinta,Jalan Diary,Ipoh Perak Darul RIdzuan pada 1980 bagi mengikuti kursus pendidikan awal kanak-kanak dalam jurusan Bahasa Melayu.
Pada tahun 1982 beliau mula bertugas di Sekolah Kebangsaaan Kuala Kenas,Kuala Kangsar sebelum bertukar ke Sekolah Kebangsaan Temelong ,Lenggong Perak pada tahun 1986..Pada tahun 1993 beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia dalam program Bacelor Pendidikan (Bahasa Melayu sebagai bahasa pertama) dan memperoleh Ijazah Bacelor Pendidikan (PBMP) pada tahun 1997.Beliau kemudiannya ditugaskan mengajar di Sekolah Menengah Taman Medan,Petaling Jaya Selangor.Mulai pertengahan tahun 1998,beliau ditugaskan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang, Seri Kembangan Selangor sehingga kini.
Sebagai guru,beliau telah mengajar subjek Bahasa Melayu selama sebelas tahun di sekolah rendah kebangsaan dan empat tahun di sekolah menengah.Dalam tempoh ini, beliau berkesempatan mengkaji segala aspek Bahasa Melayu di kalangan kanak-kanak Melayu sama ada di peringkat rendah mahupun di peringkat sekolah menengah.

No comments:
Post a Comment