Thursday, April 9, 2009

kEtIka dAn kALIMat ..

Bbm 3410 Bahasa dalam Multimedia merupakan salah satu subjek yang telah saya daftar untuk semester ke-6 iaitu semester terakhir saya di Upm sebelum bergraduat mendapatkan Ijazah Bacelor saya.Seperti biasa saya tidak akan hadir ke kelas pada minggu pertama universiti dibuka.Apa yang saya paling ingat sepanjang perjalanan saya di dalam kelas ini ialah minggu ke-2 apabila saya masuk ke dalam kelas.Pada masa itu,saya telah lewat sebanyak 10 minit.Waktu untuk kelas Multimedia ialah pada pukul 12.00 hingga 2.00pm.Sebelum kelas Multimedia.kelas saya yang sebelumnya ialah di Fakulti Ekonomi sehingga pukul 12.Apabila saya masuk ke dalam kelas, tiba-tiba saya disuruh berhenti dan berdiri di depan kelas oleh guru Multimedia saya iaitu Dr Normaliza.Saya berasa amat terperanjat kerana sebelum ini tidak ada seorang lecturer yang berbuat demikian walau sesiapa datang selewat manapun.Saya memang tidak tahu apa kesalahan saya pada masa itu dan dia mula bertanya kenapa lambat? Saya cuba untuk menjelaskan tetapi tidak dilayan.Dalam hati saya tertanya-tanya,kenapa lecturer ini macam ini,tidak mendengar penjelasan saya.Biasanya pada sesiapa yang tidak memahami akan merasakan bahawa lecturer ini amat tegas dan jahat.Tapi saya tidak pernah berfikir demikian.Apabila saya dibenarkan ke tempat duduk, saya berjanji dengan diri saya sendiri bahawa saya tidak akan lewat ke kuliah ini lagi.Oleh itu,saya telah berunding dengan lecturer saya di Fakulti Ekonomi saya akan meninggalkan kelas lebih awal pada pukul 11.40am untuk pergi ke kelas Multimedia supaya saya tidak akan lewat lagi.

Saya masih ingat Dr sering kata kumpulan mana yang tidak cukup orang dia akan berikan markah 0 kepada kumpulan itu.Dan Dr pernah cakap kepada saya .. siapa dalam ahli kumpulan kamu?Kesiannya mereka lalu bercakap dengan ahli kumpulan saya,Kalau tak nak dapat markah 0 baik buang saya.Masa mula-mula kuliah saya selalu berasakan kenapa lecturer ini begitu.Saya memang tidak faham akan tindakan dan apa yang dicakapkan oleh Dr.Saya tidak berapa ingat dengan jelas aktiviti-aktiviti yang dilakukan mengikut urutan.Tetapi saya ingat dalam satu aktiviti kami dikehendaki untuk membuat papan iklan atau muka surat depan majalah menggunakan asas grafik iaitu kesesuaian,keseimbangan,mudah,warna dan teks.Kami dikehendaki untuk menyediakan kadboard yang keras dan membawa majalah-majalah untuk digunakan untuk tugasan tersebut.Arahan Dr kepada kami ialah dia mahu kad board itu dalam keadaan yang sempurna ,langsung tidak boleh ada kotor dan segalanya mesti diukur dengan tepat dan masa diberikan.Jika kita tidak hantar pada masa yang ditetapkan,markah 0 akan diberikan.Jadi kami pun mula membuat tugasan tersebut di dalam kelas itu.Mula-mulanya,suasana agak kecoh dan kami membuat kerja dengan sambil lewa sahaja.Akan tetapi apabila masa dah nak sampai untuk menghantar tugasan dan memandangkan kami cuma telah menyiapkan separuh daripada tugasan tersebut,kami mula resah .Lalu kami pun bergegas untuk menyiapkan tugasan itu untuk dihantar pada masa yang ditetapkan.Nasib baik sempat juga kami menyiapkannya dan menghantarnya ke bilik Dr.


Dalam suatu kuliah,kami diberi tugasan untuk membuat karangan yang panjangnya 8 halaman.Kalau tidak silap ingatan saya,kali terakhir saya membuat karangan adalah masa saya tingkatan 6.Dah lama tidak menyentuh dan langsung telahpun lupa bagaimana rangka karangan dan aturannya.Seperti biasa,kami dikehendaki membuat karangan tersebut dalam kumpulan dan diberi masa sebanyak 1jam untuk menyiapkan karangan tersebut.Akan tetapi,sebelum kami dibenarkan untuk menulis karangan tersebut,kami dikehendaki untuk membuat peta minda ataupun rangka karangan untuk diluluskan oleh Dr.Dengan permintaan Dr yang amat tinggi dan boleh dikatakan mencapai tahap sempurna,peta minda kami ditolak beberapa kali dan disuruh untuk membuat pembetulan.Setelah beberapa kali membuat pembetulan akhirnya peta minda kami diluluskan dan kami berasa amat gembira.Tibalah masanya untuk menulis karangan dan kami saling melihat antara satu sama lain kerana kami telah lama tidak menulis karangan dan untuk memulakan perenggan pertama untuk karangan itu amatlah payah sekali.Tetapi masa tidak mengizinkan lalu kami pun mulalah menulis apa-apa yang terlintas di dalam fikiran kami.Setelah siap karangan kami sebanyak 8 halaman,kami pun menghantar tugasan kami melalui e-mel kepada Dr.Apa yang dipelajari dalam tugasan ini?Tentulah kemahiran menulis karangan yang telah lama dilupakan.



Pada satu minggu,saya tidak dapat hadir ke kuliah Dr,saya pergi mencari Dr di biliknya untuk memberitahu Dr bahawa saya tidak dapat hadir
ke kelas tetapi Dr tidak berada di biliknya tetapi berada di bilik sebelah.Apabila Dr nampak saya,dia menegur saya dan saya berasa amat gembira kerana saya sememangnya sedang mencari Dr.Apabila saya memberitahunya bahawa saya tidak dapat ke kelas pada hari Rabu,reaksi Dr ialah kenapa awak tidak boleh datang?Kenapa peperiksaan mesti dijalankan pada masa itu?Tidakkan mereka tahu awak ada kelas? Saya menjelaskan situasi saya dan Dr menyuruh saya datang selepas sebaik sahaja peperiksaan itu habis.Masa itu,saya dapat merasai sikap Dr yang tidak ditunjukkan di dalam kuliah.Pada masa itu,saya merasakan dia amat mengambil berat tentang pelajarnya dan tidak mahu pelajarnya ketinggalan kuliah.Tidak tahu mengapa,walau Dr sebagaimana garang ataupun tegas,tetapi saya selalu dapat merasakan yang sebaliknya.Apa yang ditunjukkan garang dan tegas tetapi sebaliknya ialah sikap ambil berat dan bersungguh-sungguh mahu kita sebagai pelajar untuk mempelajari sesuatu baik pelajaran ataupun dalam hidup kita.Sebaliknya,saya berasa Dr sememangnya amat menyayangi pelajarnya.Tidak tahu mengapa,tetapi perasaan saya memang merasakan begitu.



Aktiviti yang entah ke berapa adalah untuk membuat majalah.Boleh dikatakan semua aktiviti yang dijalankan dalam kelas itu saya memang amat menikmatinya.Selain dapat mempelajari sesuatu daripada aktiviti yang dijalankan,ia juga dapat memupuk semangat berpasukan.Dengan aktiviti yang dijalankan,tidak disangka hubungan antara kawan bertambah erat.Mungkin kerana saya seorang sahaja yang berbangsa Cina di dalam kelas,saya tidak mempunyai ramai kawan.Masa mula-mula masuk ke kelas,saya Cuma berkenalan dengan 2 orang rakan sahaja.Tetapi sehingga kini,saya amat berbangga kerana saya telah dapat berkenalan hampir separuh daripada kelas.Dan dalam kumpulan kami dapat berbincang dan membuat sesuatu dalam kumpulan.Saya dapat merasakan kami semua berasa amat gembira membuat aktiviti dalam kumpulan dan tidak disangka hubungan kami bertambah erat.

Dalam aktiviti itu,kami saling bantu membantu kerana ada di kalangan kawan saya yang tidak tahu melukis . Malah dalam kumpulan saya terdapat seorang lelaki yang amat boleh dikatakan lucu dan sering di marah oleh Dr.Rasanya Dr pun tahu siapa.Terkenang balik,saya berasa amat bertuah berada dalam kumpulan saya ini .Kerananya adanya Syam,kumpulan kami menjadi amat terkenal kerana sering dimarah oleh Dr.Kebanyakan masa yang menjadi puncanya ialah dia.Dia merupakan seorang yang amat lucu malah kadang kala ahli kumpulan kami tidak boleh tahan dengan dia.Selalunya kami cuba untuk menghalang dia daripada bercakap dan dimarahi tetapi selalunya dia kena marah dengan Dr.Tetapi dengan adanya dia di dalam kumpulan kami,kumpulan kami menjadi amat meriah kerana kelakuannya yang amat lucu dan segala lawak yang keluar dari mulutnya.Seperti biasa kami tidak dapat menyiapkan aktiviti tersebut pada masa yang ditetapkan,jadi saya berlari ke bilik Dr untuk berunding dengan Dr supaya memberikan masa yang lebih
kepada kami.Tetapi Dr cakap TIDAK BOLEH . Orang lain boleh hantar pada
masa yang ditetapkan kenapa awak tak boleh? Jadi saya pun bergegas balik ke kumpulan saya dan cepat cepat menyiapkannya.Lepas itu,cepat cepat hantar ke bilik Dr.Nasib baik masih sempat kerana selepas menerima kerja kumpulan kami,Dr telah mengunci pintu biliknya.Kasihan kepada kumpulan yang lebih lambat daripada kami.

Selain itu,aktiviti lain yang paling mencabar ialah membuat billboard.Dr menjelaskan kepada kami apa itu billboard dan contoh yang diambil oleh Dr ialah billboard Volkswagen.Selepas itu,kami diberi tugasan untuk membuat billboard mengikut sequence.Saya masih ingat setiap ahli kumpulan dikehendaki untuk melukis.Rakan-rakan saya semua merungut kerana ada sesetengah antara mereka tidak tahu melukis.Tetapi saya berasa amat gembira dalam membuat tugasan ini.Melalui banyak banyak aktiviti yang dijalankan.ia dapat merangsangkan otak saya berfikir secara kreatif dan membuat sesuatu yang biasanya tidak dilakukan di dalam kelas.Saya merasakan sepanjang dalam kuliah ini,apa yang dilakukan sememangnya amat
berbeza daripada apa-apa kulaih yang pernah saya hadir dalam UPM.Pendekatannya amat berbeza dan saya amat berminat dalam kuliah ini.Seperti biasa kami diberikan masa untuk menyiapkan tugasan ini.Pertama,kami akan menyediakan papan cerita untuk diluluskan oleh Dr sebelum kami melakarlkannya dalam kertas A4 yang telah disediakan oleh Dr.Selepas diluluskan oleh Dr,kami pun mula untuk melukis dalam kertas A4.Selepas habis kami pun menghantar hasil lukisan kami kepada Dr.Mana tahu hampir separuh daripada lukisan ‘direject’ oleh Dr.Apa yang paling lucu bagi saya ialah Dr mengatakan lukisan Eiffel Tower langsung tidak merupai Eiffel Tower .Entah apa lukisan ini dan kami dikehendaki untuk melukis dan mengubah separuh daripada lukisan kami.Jadi kami pun bergegas ke latar Siswa untuk menyiapkan tugasan kami.Dalam menyiapkan tugasan itu,kami amat menikmatinya.

Pada minggu ke-3,kami dikehendaki untuk membawa kamera digital ke kuliah.Selepas itu kami diberi tugasan untuk hari itu iaitu untuk menangkap gambar seberapa banyak yang boleh.Latar belakang gambar hendaklah berbeza yang menunjukkan unsur Multimedia.Di samping itu,setiap orang ahli mesti berada dalam gambar tersebut.Kalau seorang tiada dalam gambar tersebut,maka kumpulan tersebut akan mendapat 0 lagi.Kami diberi masa 1 jam setengah untuk membuat tugasan tersebut.Selepas itu kami dikehendaki untuk membuat video yang memaparkan gambar yang diambil dengan simpulan bahasa yang sesuai dan panjang video itu adalah selama sekurang-kurangnya 3 minit.Sebelum kami dibenarkan keluar untuk membuat tugasan,kumpulan kami telah dipanggil ke hadapan kelas untuk membuat illustrasi kepada semua.Apabila kami membuat wajah tertawa,seluruh kelas turut ketawa bersama kerana wajah yang kami buat amat lucu.Tanpa melengahkan masa lagi,kami sekumpulan pun keluar dari bilik kuliah dan pergi mengambil gambar.


Tempat pertama yang kami pergi ialah tangga di sebelah bilik-bilik pensyarah.Kami pun duduk di atas tangga dan ada seorang rakan saya yang berpura-pura jatuh dari tangga.Boleh dikatakan aktiviti ini amat menarik.Lepas itu,kami pun menyuruh Syam untuk memanjat pokok.Boleh dikatakan sepanjang kami membuat tugasan ini amat banyak drama .Sekejap ini tak boleh sekejap itu tak boleh.Seperti biasa Syam membuat muka machonya dan mula memanjat pokok dan kami menangkap gambarnya semasa dia berada di atas pokok.Adegan yang paling saya ingat ialah gambar kena langgar kereta.Syam dikehendaki untuk berbaring di atas jalanraya dan berpura-pura dilanggar kereta.Dia memasukkan kakinya ke dalam kereta dan membuat muka kena langgar.Kami ketawa terbahak-bahak dan ketika itu Dr berada di sekitar ternampak dan dia pun ketawa melihat karenah kami.Gambar yang kami ambil penuh dengan kreativiti dan imaginasi yang baik.

Terdapat 2 minggu kelas Multimedia yang diambil alih oleh Dr Arba’ie.Pada masa itu,saya tertanya-tanya di mana Dr.Dalam kelas Dr Arba’ie kami didedahkan kepada cara-cara untuk menghasilkan papan cerita.Dan tidak lari daripada tugasan,kami diberikan tugasan untuk menghasilkan papan cerita berdasarkan cerita yang diberikan oleh Dr.Tajuk papan cerita itu adalah berkaitan dengan Tsunami.Dr Arba’ie merupakan seorang yang amat tegas dan berpegang teguh kepada prinsip.Pernah dia menyuruh seorang rakan kami keluar dari kelas kerana dia merasakan rakan saya itu tidak mendengar cakap dan tidak menghormati kelasnya itu.Walaubagaimanapun,daripada dia saya dapat mempelajari sesuatu dan apa yang hendak disampaikan olehnya di dalam pembelajaran.Dr Arba’ie juga menunjukkan video mengenai bagaimana untuk menghasilkan papan cerita dan mengajar kita bagaimana untuk menghasilkan papan cerita yang baik dan menarik.Oleh kerana 2 minggu kelas telah diganti oleh Dr Arba’ie,maka sesetengah rakan dari kelas telah mula masuk lewat.Namun begitu,pada minggu seterusnya,bukan Dr Arba’ie yang berada di dalam kelas tetapi ialah Dr Normaliza,jadi kenalah mereka.Mereka yang lambat dikehendaki untuk membuat sebaris pantun.Sesuatu yang agak luar biasa.

Ada beberapa kuliah yang kami cuma menyalin nota dan Dr mengajar melalui Powerpoint.Tetapi dari sana kami dilatih untuk menyalin nota dengan cepat kerana biasanya Dr tidak akan menunggu kami untuk siap menyalin untuk menukar halaman.Dr akan memberi penjelasan terhadap halaman itu dan terus menukar ke halaman yang lain.Siapa yang lambat nasiblah.Oleh itu ada rakan saya yang membawa kamera digital ke kelas untuk menangkap gambar Powerpoint tersebut.Boleh dikatakan lebih cepat dan efektif.Pada setiap penghujung Powerpoint,kami akan ditanyakan soalan berkaitan dengan apa yang baru dipelajari.Dr akan mengajukan soalan dan kami dikehendaki untuk menjawab di dalam kumpulan.Siapa cepat dia dapa.Bagi setiap soalan yang dijawab dengan betul,kumpulan tersebut akan
dikurniakan markah.Aktiviti ini amat seronok dan merangsang minda setiap orang dan dapat melatih saya untuk memberi tumpuan kepada setiap benda yang diajar.Melalui pertanyaan soalan,ia dapat membuat saya lebih memahami apa yang disampaikan melalui Dr dan Powerpoint.Kami selalu berebut-rebut untuk menjawab soalan sama ada kami tahu jawapan ataupun tidak.Satu hari yang amat seronok.Saya selalu berasa amat seronok menghadiri kuliah Multimedia ini.Kerana pada setiap kuliah merupakan sesuatu yang amat berbeza dan apa yang dipelajari adalah amat berbeza.Sungguh menarik.

Pada minggu ke-10,kami telah diberikan tugasan yang saya rasa amat bermakna.Tugasan ini merupakan tugasan yang dapat memupuk kasih sayang,bantu membantu dan menolong individu-individu yang kurang bernasib baik.Tugasan yang diberikan ialah untuk mencari sebuah rumah sama ada rumah anak yatim ataupun orang tua,kami dikehendaki untuk pergi ke rumah tersebut dan membuat aktiviti amal dan merekodkan segala yang
berlaku dan membuat video untuk ditayangkan di dalam kuliah pada minggu ke-12.Kumpulan kami Lestary akan bergabung dengan kumpulan Broadcaster telah memilih sebuah rumah anak yatim yang terletak di Puchong.Sebelum pergi ke rumah tersebut,kami dikehendaki untuk membuat proposal tentang aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut dan berjumpa dengan Dr untuk mendapatkan persetujuannya.Kami telah merancang aktiviti seperti gotong-royong,kelas tutorial,sambutan hari jadi kanak-kanak di rumah tersebut dan acara sukaneka.Kami telah berjumpa dengan Dr beberapa kali untuk membuat proposal yang terbaik.Selain itu,kami juga telah berkumpul beberapa kali untuk berbincang tentang aktiviti;aktiviti yang akan dijalankan,memastikan semuanya akan berjalan dengan lancar.

Hari itu telahpun tiba.Kami berkumpul pada pukul 7 pagi dan bertolak ke Puchong menuju ke Rumah Limpahan Kasih.Kira-kira pada pukul 8.00 pagi kami sampai di rumah tersebut dan bertemu dengan penjaga rumah tersebut.Sebagai permulaan,kami membuat sesi pengenalan dengan kanak-kanak di rumah tersebut.Selepas berkenalan kami membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan dan memulakan aktiviti kami yang pertama iaitu acara sukaneka.Ini merupakan pertama kali saya didedahkan kepada budaya masyarakat Melayu kerana kesemua kanak-kanak termasuk penjaga rumah tersebut merupakan orang Melayu.Sesampai di rumah tersebut,saya berasakan kanak-kanak di rumah tersebut amat sopan dan telah dididik dengan amat baik sekali.Suasana yang amat gembira dan rasanya seperti rumah sendiri.Berbalik kepada acara sukaneka,mereka dikehendaki untuk mereka sorakan untuk kumpulan mereka dan digunakan sepanjang masa.Sukaneka tersebut telah mengambil masa sebanyak 1 jam termasuk meniup belon,mencari gula-gula dalam tepung.Kanak-kanak tersebut kelihatan amat gembira dan menikmati sukaneka tersebut.Selepas itu,kanak-kanak tersebut diberi masa rehat bersertakan minuman dan roti yang telah disediakan oleh kami.

Selepas itu,acara kelas tutorial telah dijalankan.Kanak-kanak diberi sekeping kertas mahjong dan melukis masa depan atau harapan mereka.Aktiviti ini adalah untuk memupuk sikap positif dan yakin kepada diri mereka sendiri.Kami telah bersama dengan mereka dalam melukis dan memberi idea dalam aktiviti ini.Selepas itu,mereka dikehendaki untuk membentangkan apa yang dilukis berserta dengan maksudnya.Kumpulan yang membuat pembentangan yang terbaik akan diberi hadiah.Sebelum upacara sambutan hari jadi kami telah menjalankan upacara penyampaian hadiah untuk sukaneka yang dijalankan pagi itu.Selepas selesai penyampaian hadiah dan pemberian sumbangan ikhlas daripada kami kepada penjaga rumah tersebut,upacara sambutan harijadi dijalankan.Shuqrie dan miro telah menyanyikan lagu hari jadi dengan diiringi dengan gitar.Wah .. sungguh merdu suara Miro.

Pada hari itu.ada sesuatu yang tidak mungkin saya lupakan.Sebelum kami balik,seorang kanak-kanak telah mendekati saya dan bertanya kepada saya. ‘kak,kak nak pulang sekarang ke? Boleh tak tunggu sekejap,kami ini membuat persembahan untuk akak-akak sekalin..’ .Lalu saya memberitahu rakan-rakan saya yang lain.Tidak disangka mereka telah membuat persembahan nasyid kepada kami.Perasaan saya pada masa itu,saya tidak dapat luahkan dengan perkataan.Saya berasa amat terharu dan semakin saya rasa tidak sampai hati untuk meninggalkan mereka.Masa pada hari itu berlalu dengan amat cepat.Pada saat itu,saya berasa amat amat terharu dengan apa yang diberikan oleh mereka kepada saya.Walaupun Cuma persembahan nasyid tetapi saya berasa amat gembira dan saya dapat merasakan kasih sayang mereka kepada saya.Saya dalam diam akan berdoa dan berharapkan agar mereka semua akan membesar dengan cepat dan sihat dan mengejar impian mereka menjadi seorang yang berguna dan mencapai kebahagian.Ini merupakan harapan saya kepada mereka.Dan saya percaya mereka akan dapat mencapai impian mereka.

Hari itu tamat pada kira-kira pukul 6 petang.Saya bergegas balik ke rumah kerana saya akan pergi ke Seremban untuk Open house kawan saya.Sepanjang perjalanan saya dari KL ke Seremban,saya sayik terbayangkan wajah kanak-kanak di Rumah Limpahan Kasih.Masa itu,saya masih berasa amat bangga dengan kanak-kanak tersebut dan berasa amat gembira kerana saya telah menggunakan masa saya sehari untuk membuat sesuatu yang amat bermakna.Saya telah memberitahu dan berkongsi pengalaman saya kepada beberapa kawan baik saya.Saya berasa amat gembira sehingga saya tidak boleh simpan pengalaman itu kepada diri saya sendiri sahaja.Hari tersebut merupakan hari paling gembira dan saat yang tidak mungkin saya lupa sepanjang hidup saya.Sebelum ini,saya pernah berbuat kerja amal seperti ini,tetapi apa yang amat berbeza kali ini ialah saya membuat kerja amal dengan rakan seuniversiti saya.Pengalaman ini amat berbeza dan
menakjubkan.Seperti tidak boleh percaya,sememangnya amat gembira dan bertuah kerana dapat berbuat demikian dengan rakan-rakan saya.Saya berharap sekiranya individu-individu di masyarakat sedar akan kebaikan membuat kerja amal,dunia ini akan menjadi tempat yang penuh dengan kasih sayang dan saling bantu-membantu.

Selepas berkunjung ke rumah Limpahan Kasih,tugasan seterusnya ialah untuk menghasilkan video untuk pembentangan.Masa pembentangan,saya masih ingat Dr berkata mungkin ada orang yang tak ada perasaan pun semasa menonton video ini.Tetapi bagi saya,semasa menonton video ini saya dapat merasakan kasih sayang setiap individu dalam video tersebut dan ada beberapa ketika saya dapat merasakan air mata di kelopak mata saya.Sebelum akhir kuliah,Dr kata mungkin satu hari,sama ada di mana-mana tempat atau pada bila-bila masa,mungkin kami akan terkenang sejenak masa kita di rumah-rumah anak yatim tersebut.Apa yang telah kami buat dan semuanya akan terpahat di hati mereka dan kami.Saya percaya apa yang dikatakan oleh Dr.Kerana saya tahu pengalaman yang saya dapat di dalam tugasan ini akan terpahat di hati saya selamanya dan merupakan memori yang amat indah sepanjang hidup saya ini.

Dan pada minggu ke-13,Dr masuk ke kelas dan membuat pengumuman bahawa kelas tersebut merupakan kelas yang terakhir untuk kelas Multimedia dan tiada kelas pada minggu ke-14.Sepatutnya reaksi normal bagi setiap orang ialah gembira tetapi saya berlainan.Apabila Dr membuat pengumuman tersebut,saya berasa sedih kerana tanpa diketahui,kelas Multimedia ini telah sampai ke penghujungnya.Mungkin kerana saya menikmati setiap kuliah Multimedia dan tidak mahu ia berakhir.Pada masa itu,perasaan saya bercampur aduk.Dalam kelas Multimedia ini,selain daripada pengajaran daripada kuliah dan subjek,saya dapat mempelajari sesuatu yang tidak dapat dibeli dengan duit iaitu nilai kemanusiaan.Untuk menjadi seorang manusia yang berguna dan berjaya,bukanlah setakat ilmu pengetahuan yang banyak tetapi lengkap dengan ciri-ciri murni dan moral yang tinggi.Itulah yang menentukan kejayaan seseorang dan bukannya kekayaan dari segi harta benda.

Dalam kuliah akhir ini,saya mengenangkan balik kesemua kuliah yang telah dijalankan.Banyak pengajaran yang telah dipelajari.Nilai kasih sayang,membantu individu yang kurang bernasib baik,bekerjasama,hormat-menghormati dan bantu membantu.Inilah yang membuatkan kuliah ini begitu istimewa dan sememangnya tidak dapat dilupai.Dalam kuliah terakhir kami diberi aktiviti yang saya rasa amat lucu dan menarik.Mencari silang kata yang berkaitan dengan Multimedia,apa yang dipelajari sepanjang semester dalam kuliah.Namun,kami diberi masa sebanyak 10 minit untuk mencari perkataan tersebut dan menghantarnya mengikut kumpulan.Setelah tamat masa kami bergegas untuk menghantar teka silang kata itu kerana Dr memberi amaran kumpulan mana yang menghantar paling akhir akan mendapat markah 0.Jadi,hampir separuh daripada kelas bergegas ke hadapan untuk menghantarnya.Disebabkan salah seorang daripada ahli kumpulan saya tidak menulis namanya di atas kertas,maka kumpulan kami mendapat markah 0.Selepas itu, dengan menggunakan kertas yang sama kami dikehendaki untuk membuat origami.Pening kepala dibuatnya kerana saya sememangnya tidak pandai origami.Kertas dilipat-lipat sehingga renyuk dan ada yang telah pun rosak.Dan di situlah merupakan kuliah terakhir ….

Tidak lupa juga kepada kelas tutorial Multimedia.Cik Aliaa juga tidak kurang garangnya.Pada hari pertama tutorial,saya telah kena diejek olehnya.Tetapi saya pun sedar saya juga melakukan kesilapan.Masih ingat tugasan pertama dalam kelas tutorial ialah untuk menghasilkan calendar untuk tahun 2009.Saya merupakan seorang yang amat bodoh dalam computer.Selain daripada MSN, check email dan Facebook,saya sememangnya tidak tahu apa-apa tentang kegunaan komputer apatah lagi menggunakan Photoshop.Cik Aliaa telah menunjukkan beberapa cara untuk menggunakan Photoshop dan kami mempunyai masa selama sebulan untuk menyiapkan
Kalendar tersebut.Cik Aliaa telah memberi tips kepada kami yang Dr Normaliza tidak suka gambar-gambar kartun jadi sememangnya saya tidak akan
menggunakan sebarang kartun di dalam kalendar saya.Selain itu,kalendar
tersebut hendaklah direka dengan kreativit dan memenuhi keperluan Multimedia.Mula-mulanya saya mengumpul ‘wallpaper’ yang akan saya gunakan untuk membuat kalendar saya.Boleh dikatakan untuk saya membuat ini,adalah amat susah kerana ini merupakan kali pertama saya didedahkan kepada benda seperti ini.

Saya mula mencari di dalam Internet dan juga mendapatkan pertolongan daripada kawan saya untuk mengajar saya untuk menggunakan
Photoshop.Sepanjang membuat kalendar ini,saya banyak menghabiskan masa di Starbuck dengan laptop saya membuat kalendar ini.Selepas saya tahu serba-sedikit tentang penggunaan Photoshop saya mula suka membuat kalendar ini.Tetapi untuk membuat satu bulan dalam kalendar menggunakan usaha yang banyak.Bukan senang.Nasib baik saya mempunyai seorang kawan yang memberi tunjuk ajar kepada saya tentang penggunaan Photoshop.Sekiranya tidak,saya pun tidak tahu sama ada saya dapat menyiapkan kalendar tersebut dengan cantik.Boleh dikatakan sekarang saya telah tahu bagaimana untuk menggunakan Photoshop dengan cekap.

Pada mulanya,hasil kalendar saya tidak berapa memuaskan selepas Cik Aliaa membuat semakan.Saya terpaksa menambah gambar ataupun apa-apa sahaja untuk membuatnya lebih menarik dan kreatif.Oleh itu,selepas kelas tutorial hari itu,pada keesokan harinya,saya telah pergi ke Starbuck dan menhabiskan masa selama 4-5 jam untuk menyiapkan kalendar tersebut dan dihantar untuk dicetak.

Tugasan kedua untuk tutorial ialah membuat webpage offline menggunakan Microsoft Frontpage.Sekali lagi,saya didedahkan kepada sesuatu yang amat baru kepada saya.Kami dikehendaki untuk membuat webpage tentang diri saya sendiri dan apa yang paling penting yang ditekankan di dalam tugasan ini adalah Hyperlink..Menyambungkan satu halaman dengan halaman yang lain.Kami diberi masa 3 minggu untuk menyiapkan tugasan ini.Sesuatu
yang baru dan mencabar untuk saya.Tetapi untuk tugasan ini saya berasa amat bangga kerana saya telah membuatnya dengan daya usaha saya sendiri dan saya telah mengajar rakan-rakan saya yang lain.

Boleh dikatakan saya semakin suka untuk membuat tugasan menggunakan komputer setelah berjaya menghasilkan kalendar dengan menggunakan Photoshop.Saya berasa amat gembira kerana dapat mempelajari sesuatu yang baru.Dulu,saya selalu berasa amat hairan kenapa orang boleh duduk berjam-jam lamanya di depan komputer.Dan sekarang saya memahaminya.Apabila diberi sesuatu tugasan yang menarik,masa untuk membuatnya berlalu dengan cepat.Melalui tutorial,saya banyak mempelajari program-program dalam komputer dengan penggunaannya yang sebelum ini saya tidak akan mempelajarinya langsung.Hasil tugasan webpage ini amatlah memuaskan kerana Cik Aliaa memuji saya dan webpage saya.Dia kata amat cantik dan bagus.

Tugasan yang terakhir untuk kelas tutorial ialah untuk menghasilkan blog sendiri dan mencari tokoh bahasa dan menulis mengenainya.Ini merupakan tugasan yang sedang saya buat sekarang.Kami dikehendaki membuat sesi temubuat dengan tokoh tersebut dan mengambil gambar dengan tokoh tersebut.Saya telah memilih Dr Zaitul Azma.Sepatutnya kami diberi masa 2 minggu untuk menyiapkan tugasan ini tetapi Cik Aliaa
tidak ada pada minggu ke-13 dan kami telah dibenarkan untuk menghantarnya pada minggu ke-14.Banyak yang saya pelajari di dalam kelas tutorial ini.Dulu,saya merupakan seorang yang langsung tidak berminat dengan komputer dan segala program yang terdapat di dalamnya.Selepas menghadiri kelas tutorial ini,saya telah banyak mempelajari penggunaan setiap program di dalam komputer dan saya mendapati ia amat berfaedah dan menambahkan minat saya terhadap komputer.

Semasa saya mula masuk ke Universiti Putra Malaysia,sikap yang saya bawa ke dalam alam pengajian adalah Cuma untuk mendapat ijazah dan
tidak akan bersungguh-sungguh untuk belajar.Cuma datang ke Universiti hadir kuliah,ambil peperiksaan dan graduat.Secara jujur,tidak pernah saya menikmati ataupun memberi perhatian kepada kuliah-kuliah yang telah saya ambil dari Semester 1 hingga kini.Tetapi setelah saya mengambil kursus ini dan mengenali Dr serta guru kelas tutorial,pandangan saya terhadap kuliah dan segalanya telah berubah.Saya mula memahami betapa mulianya kerja seorang lecturer dan apa yang dibawanya ke dalam kuliah.

Saya amat menikmati segala kuliah dan tutorial sepanjang semester ini.Terima kasih kerana memberikan pengalaman yang manis di samping belajar dan juga dapat melakukan aktiviti yang bermakna.Terima kasih kepada Dr dan Cik Aliaa kerana telah banyak membantu dan mengajar saya dan yang pasti kamu akan selalu berada di dalam ingatan saya.

No comments:

Post a Comment